Wednesday, May 27, 2009

Ketua Umno Bahagian Pandan baru Abd Ghani Ismail ada 10 tuduhan rasuah memperoleh kontrak dan wang berjumlah RM210,012

Ketua bahagian didakwa terima rasuah


Abd. Ghani Ismail diiringi anggota polis ketika dibawa ke mahkamah atas tuduhan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mei - Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan tuduhan menerima rasuah berjumlah RM210,012 membabitkan tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja pembersihan kepada sebuah syarikat.

Abd. Ghani, 43, turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi tuduhan rasuah berhubung pelantikan syarikat yang dia mempunyai kepentingan sebagai subkontraktor dalam kerja-kerja pelupusan sisa pepejal.

Pengakuan tersebut dibuat selepas kesemua 10 pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi sembilan tuduhan pertama, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob sebagi balasan menolong pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal itu mendapatkan tender-tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta kerja-kerja pembersihan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa menerima rasuah berkenaan antara Ogos 2006 dan Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B. Desa Pandan dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.

Abd. Ghani ketika itu merupakan anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ.

Dia turut didakwa memperoleh suapan berupa pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja-kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Pandan Indah bagi Dwisakti.

Mengikut pertuduhan, Abd. Ghani sebenarnya mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya di sini pada 1 Mei 2006.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana satu yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siew Wee mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM25,000 bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun Abd. Ghani memohon jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung isteri bersama tiga anak serta lapan orang adiknya.

Rosbiahanin selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan tertuduh menetapkan ikat jamin sebanyak RM23,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk melantik peguam bela.

10 Tuduhan Ambil Rasuah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pandan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 10 tuduhan rasuah memperoleh kontrak dan wang berjumlah RM210,012, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abd Ghani Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, Abd Ghani yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa memperoleh wang berjumlah RM210,012 daripada pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal, Abdul Rahman Yaacob.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.

Selain itu, dia menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh baginya suapan iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd untuk mendapatkan tender pembersihan kawasan di Zon SP 21.

Tender berkenaan berkaitan kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya, di sini, pada 1 Mei 2006.

Bagi semua kesalahan itu, Abd Ghani didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - Harian Metro


Umno division chief claims trial to RM210,000 graft


KUALA LUMPUR: An Umno division chief pleaded not guilty to 10 counts of corruption amounting to RM210,012 at the Sessions Court here yesterday.

Abd Ghani Ismail, 43, who is the Pandan Umno division chief, was charged with nine counts of bribery between Aug 4, 2006 and March 31, 2007, at two different locations in Desa Pandan here.

He is accused of obtaining bribes from Abdul Rahman Yaacob, the owner of Syarikat Pancaran Citra Enterprise, a solid waste management company, in return for securing contracts from the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ).

The contracts were for solid waste collection services in Taman Lembah Maju and Taman Kencana as well as cleaning services in Pandan Cahaya.

At the time of the alleged offences, Abd Ghani was the division’s Youth chief and a member of MPAJ’s tender committee.

He was also separately charged with bribery by getting a company in which he has an indirect interest to be appointed as a sub-contractor to another company which had been awarded a contract by MPAJ to manage solid waste in Bandar Pandan Indah.

He is accused of getting Syarikat Lembah Rimbun to be appointed as a sub-contractor to Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd at No 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya here, on May 1, 2006. He had helped Dwisakti Mewah secure the solid waste management contract from MPAJ.

He was charged under Section 11(a) of the Anti-Corruption Act 1997 for all 10 counts, and if found guilty, can be jailed not more than 20 years and fined not less than five times the amount of the bribes.

Sessions Court judge Rosbiahanin Arifin set bail at RM23,000 with one surety after Abd Ghani pleaded for a lower bail, saying that he was only a small-time businessman with three children to support.

The court set June 26 for mention.




Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

26/05/2009 3:18pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 tuduhan memperolehi rasuah dalam bentuk wang dan kontrak antara tahun 2006 hingga 2007.

Abd. Ghani, 43, dituduh menerima rasuah sebanyak RM210,012 dari pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal dan kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Lembah Rimbun sebagai balasan untuk mendapatkan tender bagi Dwisakti.

Abd. Ghani ketika itu merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa tender MPAJ. - Utusan

Tuesday, May 19, 2009

Glory Man United.......Respect......


Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.
Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Spurs Go Marching On! On! On! (3x)

Ongoing!!

Done!!

Done!!

Done!!

Wednesday, May 13, 2009

Hensem Boy tgh Tido....shhh diam jgn kacau

Salam,

perghhhhh 1st time dalam sejarah byk gila aku buat posting...pasni lagi sebulan dua la baru aku update.....just nak upload gambar kawin member bini aku last sun...






Progress Rumah @ Bandar Pinggiran Cyber

Salam,

Updated terbaru yg kelihatan.....progress rumah tetap sama....sewerage memang tengah jalan....TNB Sub St. bangunan dia dah siap plus with cat warna TNB....hopefully will be complete as soon as posible....Amin...kredit and thanx untuk AJK dan sesiap yg terlibat dalam menghambat kontraktor....than one more thing harga rumah mengikut org yg nak jual rumah dalam laman iklan RM175,000.00...itu pun alhamdullilah.







Sunday, May 10, 2009

Lepak Chill @ Putrajaya lepas mkn2 kat Tasik Idaman

Salam,

Pas habis mkn kat Tasik Idaman kendian kitaorg satu family p lepak kat Masjid Putrajaya.....last aku lepak ngan family aku kat Putrajaya nie...ermm 19 Jan 2008 now 9 May 2009 already one year plus......


2008



2009










Makan-makan @ Tasik Idaman Bangi

Salam,

Lama aku tak update blog2 aku termasuk la blog ini....kemalasan tahap melampau...kehkeh...semalam Sat 9 May 2009 bapak mertua aku ajak pi makan kat tasik idaman sempena menyambut b'day gurl and b'day boy bulan May....Along, Alia and Kak Linda...tempat kat area Bangi....... restoran atas tasik....makanan pun memang sedap bebanding dengan muara port klang...so tempat pun tak jauh sgt bebanding p port.....malas nak tulis byk2 korang tgk la sendiri gambar yg sempat aku tangkap.....tu pasal la gambar aku tak da...huhu :)